Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang
tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,
akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat
hidup kita menjadi lebih bahagia.
Seandainya kita tidak mampu untuk
mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak
mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.
Ketika satu pintu kebahagiaan
tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu
lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan
bagi kita.
Kemaafan mungkin amat berat untuk
diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan
memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.
Seseorang manusia harus cukup rendah
hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada
kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya
Jadikan dirimu bagai pohon yang
rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang
pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
Bermimpilah tentang apa yang ingin
kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang
kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan
untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
Masa depan yang cerah berdasarkan
pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik
dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.
Doa memberikan kekuatan pada orang
yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan
keberanian pada orang yang ketakutan
Janganlah berputus asa. Tetapi kalau
anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam
keadaan putus asa.
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita
adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai
muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari
tersesat di lautan hidup ini.
Dalam masyarakat manusia ada binatang
jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang
-Aristotle
Sahabat sejati adalah mereka yang
sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka
sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.
Hati yang terluka umpama besi bengkok
walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
Setitik dakwat mampu membuat sejuta
manusia berfikir tentangnya.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan
orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
Tanda-tanda orang yang budiman ialah
dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia
akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.
Semulia-mulia manusia ialah orang
yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf
ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan
Supaya engkau beroleh sahabat,
hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang
-Hamka
Sebaik-baik manusia ialah yang
diharapkan kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya.
Hiduplah seperti lilin menerangi
orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu
bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh
menghentikannya -Voltaire
Semoga kamu mendapat cukup
kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat,
cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan
cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.
Kita lahir dengan dua mata di depan
wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah
semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.
Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga
di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah
sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang
benar dan mana yang salah.
Kita lahir dengan otak di dalam
tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap
kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran
kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih
berharga daripada emas dan perhiasan.
Kita lahir dengan 2 mata dan 2
telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang
sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak
hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin
tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh
di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta
diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai
dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain
untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.
Berilah cinta tanpa meminta balasan
dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.
Yang memimpin wanita bukan akalnya,
melainkan hatinya.
Pengecut mati banyak kali sebelum
kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
Amat mudah untuk memadamkan api yang
sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.
Kata-kata itu sebenarnya tidak
mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu
kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan
Sahabat terbaik adalah dia yang dapat
duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun ,
dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama
dengannya.
Lombong emas dalam diri kamu adalah
fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu
inginkan -Abdullah Mansur M.H
Mahkota kemanusiaan ialah rendah
hati.
Setiap jiwa yang dilahirkan telah
tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak
akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur
yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan
terkena asapnya.
Kalau kita dapat membuka dan menutup
telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan
terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.
Jika keadilan ditegakkan, keberanian
tidak diperlukan lagi.
Tiada siapa yang paling pandai dan
paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan
setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai
Akal itu menteri yang menasihati,
Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan
Barangsiapa memusuhi orang yang di
bawahnya, hilang kewibawaannya.
Hidup biarlah berbakti, walaupun
tidak dipuji
Seorang boleh menipu seseorang
sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa
yang sama
Keikhlasan itu umpama seekor semut
hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat
sukar dilihat.
Kamu dapat mengenal lebih banyak
tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari
jawapan-jawapannya -Voltaire
Setiap orang dapat mencapai kejayaan
dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Hari ini bila ia datang, jangan
biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan
datang kembali
Lebih baik tidur dengan perut yang
lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang -Anonim
Orang cerdik yang mengenal dunia,
terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.
Pengumpul harta belum tentu
memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.
Sesuatu yang baik, belum tentu benar.
Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.
Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
Jangan abaikan permintaan orang,
kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang.
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh
menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak
berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri
melarangnya berbuat jahat. -Pepatah Arab
Barangsiapa membawa berita tentang
orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang
lain.
Nikmat itu kadang-kadang tidak
disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa
Emas diuji dengan api, wanita diuji
dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.
Orang yang berbohong itu sentiasa
ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang
yang benar itu berani seperti singa -Goethe
Mengetahui sesuatu dan memahami
segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi
tidak memahami sesuatu.
Kawan sejati ialah orang yang
mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan
burukmu.
Sabar adalah jalan keluar bagi orang
yang tidak bisa menemukan jalan keluar.
Kepala yang tidak mempunyai fikiran
sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela -Napoleon Bonaparte
Jika dunia ini persinggahan, mengapa
tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada
satu persinggahan.
Apabila bicara itu perak, diam adalah
emas.
Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah
kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi
kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW
Setiap yang kita lakukan biarlah
jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa
kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
Menghairankan sekali, orang yang
mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya
walaupun sekali setahun.
Barangsiapa menyebarluaskan
berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
Keikhlasan mempunyai kilauan dan
sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.
Jangan tertarik kepada seseorang
kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik
kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang
yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari
yang gelap menjadi cerah.
Jangan memberi makanan kepada orang
lain yang anda sendiri tidak suka memakannya.
Sungguh benar bahwa kita tidak tahu
apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa
kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Musibah dalam harta lebih ringan
daripada musibah dalam kehormatan.
Hal yang menyedihkan dalam hidup
adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya
bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.
Beritahukan kepadaku apa
bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini.
Masa depan yang cerah selalu
tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat meneruskan hidup
dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih
sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
Keutamaan akal ialah hikmah
kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.
Barangsiapa yang hari ini sama dengan
kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari
kelmarin, maka terkutuklah dia.
Kesempatan yang kecil seringkali
merupakan permulaan daripada usaha yang besar.
Agama tidak pernah mengecewakan
manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
Tidak lurus keimanan seseorang
kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus
lidahnya
Sesiapa yang tidak berfikir panjang,
kesusahan telah bersedia di mukanya -Khong Hu Cu
Orang bijaksana tidak sesekali duduk
meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana
memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.
Yang telah berlalu biarkan ia
berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.
Jangan menyalakan api untuk membakar
musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya.
Bukti akal fikiran seseorang ialah
perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.
Berdiam diri adalah unsur terbesar
untuk membentuk perkara-perkara besar.
Pandanglah segala sesuatu dari
kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu
menyakitkan hari orang lain pula.
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Orang yang hebat bertindak sebelum
berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
Tidak penting bagimu mengetahui
harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.
Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu
macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan
Sekali anda terjatuh, jangan jatuh
untuk berkali-kali
Menikmati kehidupan itu adalah lebih
baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan
Tidak ada insan suci yang tidak
mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai
masa depan.
Orang yang paling mampu menguasai
dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.
Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak
menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga
Orang yang mengikuti emosinya, akan
kehilangan adabnya.
Sekalipun tidak pernah menjadi
kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana
Manusia tidak merancang untuk gagal,
mereka gagal untuk merancang. ~ William J. Siegel
Setiap bunga mawar pasti ada durinya.
Dari kesusahan itu akan diperolehi
kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit
manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya
Jangan sesekali menyalahkan kesilapan
diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri
sukar untuk berjaya.
Mungkin diam itu suatu jawapan yang
baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.
Orang-orang yang paling berbahagia
tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang
terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
Barangsiapa menanam, dia yang akan
menuai.
Jangan menghina barang yang kecil
kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Fikirkan permusuhan kita akan
dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan
kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi
seperti apa yang kita fikirkan
Seekor burung di tangan lebih baik
daripada sepuluh ekor di atas pohon.
Hidup ini adalah warna-warni yang
terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna
Ada hal-hal yang sangat ingin kamu
dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk
mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari
orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda
akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. –
Peribahasa Arab
Membalas kebaikan dengan kejahatan
adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan
kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah
hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang
setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.
Berkhianat dalam ilmu lebih jahat
daripada berkhianat dalam harta.
Sebuah pedang diketahui keampuhannya
sesudah memotong.
Kejayaan tidak datang kepada manusia
yang leka. – Charles Cahier
Seseorang yang bijak melahirkan
kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong
Permulaan sabar adalah pahit, tetapi
manis akhirnya.
Memang amat tinggi letaknya
kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa
berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal
mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa
Setiap kali tersadung, ingatlah kita
tidak mahu terjatuh lagi
Jadikan sebagai aturan hidup untuk
melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil
kecemerlangan.
Sebelum memberi nasihat kepada
manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu.
Andai hidup punca perpisahan, biarlah
mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah
hidup ini membawa erti yang nyata.
Orang mulia menyalahkan dirinya,
orang bodoh menyalahkan orang lain
Kata-kata yang diucapkan sembarangan
dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu
kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
– Peribahasa Cina
Kebanyakan orang membuang banyak masa
dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya
Harta yang paling menguntungkan ialah
SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling
waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah
tentunya KHUSYUK.
Tiada siapa yang paling pandai dan
paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan
setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai
Apabila kepercayaan telah hilang
lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu -Whittier
Selalu bayangkan diri anda di dalam
kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin
menyakitkan orang lain juga
Setiap jiwa yang dilahirkan telah
tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak
akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
Kecemerlangan sebenar adalah apabila
anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
Wanita yang cantik tanpa peribadi
yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat
apa-apa
Jangan sekali-kali kita meremehkan
sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
Anda bukan apa yang anda fikirkan
tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda
Hidup tak selalunya indah tapi yang
indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Biarpun jalan itu panjang, kita akan
merintisnya perlahan-lahan.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian
budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada
kekuasaan ilmu.
Kurang semangat mengakibatkan lebih
banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
~ Flower A. Newhouse
~ Flower A. Newhouse
Kebenaran itu pabila dijemur di bawah
cahaya mentari, ia tidak akan lekang-lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan
lebat, ia tidak akan busuk.
Tawadhu ialah bila setiap kali
seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih
baik daripada dirinya.
Sebaik-baik orang yang diberi nasihat
ialah penguasa.
Kekuatan itu tidak terbina di atas
bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis
seseorang dan keserasian berkumpulan.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik
daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia
dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
Berfikir sejenak, merenung masa lalu
adalah permulaan yang baik untuk bertindak
Kata-kata yang lembut dapat
melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat
mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
Seburuk-buruk buta adalah buta hati.
Lidah yang panjangnya tiga inci boleh
membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
Sebuah kebenaran kadangkala
mengandungi kesilapan.
Kalau rumahmu dari kaca, janganlah
melempari orang lain dengan batu.
Nilai hidup harus diukur dengan garis
yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. ~Richard Brinsley Sheridan
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik
atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan
kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Berita tidak selalu sama dengan
kenyataan.
Seseorang yang melakukan kesalahan
dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. ~ Confucius
Memulai belajar sejak kecil seperti
memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.
Hidup memerlukan pengorbananan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan
memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan
menentukan kebahagiaan.
Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang
jujur
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu
tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
Kekayaan bukanlah satu dosa dan
kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya
janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
Sampan tidak akan dapat belayar di
padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu ~Pepatah Arab
Perjalanan seribu batu bermula dari
satu langkah.~ Lao Tze
Awal mula pohon ialah benih.
Kalaulah anda tidak mampu untuk
menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.
Orang yang mengetahui harga dirinya
tidak akan binasa.
Mengapa manusia gemar mencetuskan
pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
Kita sentiasa muda untuk melakukan
dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
Gantungkan azam dan semangatmu
setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
Setiap mata yang tertutup belum
bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
Saya percaya, esok sudah tidak boleh
mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa
yang akan terjadi pada hari esok.
Menulis sepuluh jilid buku mengenai
falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
Kegembiraan ibarat semburan pewangi,
pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu
berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
Esok pasti ada tetapi esok belum
pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan
mendatang.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana
implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan,
jikalau orang tuanya tidak pernah menyembah Tuhannya
Sahabat yang beriman ibarat mentari
yang menyinar.
Lazatnya memberi maaf lebih baik
daripada lazatnya membalas dendam.
Orang yang bahagia itu akan selalu
menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan
waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk
berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana
beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.~
Samuel Johnson
Seseorang yang jujur diterima
ucapannya oleh musuh.
Kadangkala menyembunyikan sesuatu
perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak
dihiraukan.
Penglihatan itu sebagai panah iblis
yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan
menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…
Harta yang didatangkan oleh angin
akan terbawa pergi oleh taufan.
Kekecewaan mengajar kita erti
kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi
rintangan dalam hidup
Kebaikan seorang pemimpin adalah
lebih baik daripada kebaikan zaman.
Kemarahan tidak boleh berumur panjang
di dada seorang yang berhati baik, kebaikan tidak boleh berakar di hati
seseorang yang berdasar buruk.
Kemaafan mungkin amat berat untuk
diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan
memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.
Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang
segala parut luka emosi
Segala hal yang lahir akan mati,
tetapi cahaya kehidupan yang dipancarkan akan selalu bersinar buat selamanya.
Hidup ini ibarat meniti seutas tali,
kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.
Dua orang bersaudara ibarat dua buah
tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.
Manusia tak akan tahu semua perkara,
justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun
satu perkara
Orang yang meminta-minta kepada Tuhan
tidak akan kecewa.
Jika kejahatan di balas kejahatan,
maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara
biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan
dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. (La Roche)
Manusia yang tidak berharap untuk
menang telah sedia kalah.
Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia
sebelum cair.
Kita mesti pastikan hari ini adalah
milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.
Hidup tidak boleh berpandukan
perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama
harus kita fikirkan ialah menerimasesuatu atau membuat sesuatu dgn baik
berlandaskan kenyataan.
Selalu bayangkan diri anda di dalam
kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin
menyakitkan orang lain juga
Nilai manusia adalah semahal nilai
matlamatnya. ~ Marcus Aurelius
Kasihkan manusia lepaskan dia kepada
pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang
kita sayangi beroleh bahagia
Orang yang berkhianat selalu terhina.
Kebahagiaan adalah haruman yang tidak
boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa
titisan daripadanya ~ Emerson
Orang yang berani tidak akan
membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan
perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya -Stahl
P.J
Hari yang mendatang tidak akan
memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
Hidup adalah gabungan antara bahagia
dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka
yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta
Wahab)
Kegagalan ialah satu-satunya yang
dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
Sekiranya seorang manusia dipanggil
sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana
Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.
Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.
Cara terbaik menghukum orang yang
telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.
Orang yang cekal dan mempunyai
keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau
perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan
perhatian ke arah mencapai matlamatnya
Batu yang bergerak tidak bisa
ditumbuhi tanaman.
Berbahagialah orang yang dapat
menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten
untuk bahtera hidupnya ~ Saidina Ali
Jika kamu berhasrat untuk berjaya,
jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga
tersebut.
Ada dua cara seseorang itu tidak
boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang
yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.
Tidak ada manusia yang hidup untuk
gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
Apabila kepercayaan telah hilang
lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu.. ~Whittier
Keberanian yang sebenar ibarat
layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah,
sebaliknya menaikkannya -John Petitsenn
Usah sangka kereta jenama paling
mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam juga. Usah sangka orang
yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti
Kesusahan dan kesulitan adalah
laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan. tetapi sesudah
musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur.
Seekor singa yang ganas lebih mudah
ditentang daripada seorang pemerintah yang kejam, dan pemerintah yang kejam
lebih mudah dihadapi daripada angkara fitnah yang berkekalan.
Tiada manusia yang berjaya dalam
semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh
kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu
terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. – Joseph Conrad
Usah sangka apa yang belum kita
miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah
punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai
bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan
Selalu kita menyangka yang di tangan
orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita
meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut
terliur dengan apa yang kita miliki
Reputasi anda ialah apa yang orang
lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda.
Jangan mudah membuang, tambah-tambah
lagi jika ia bukan barang tapi orang
Sifat peribadi yang kukuh adalah aset
kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan
kecemasan.
Apa yang anda fikirkan mengenai diri
anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.
Sesetengah orang menggunakan jam yang
murah. Jam seperti ini tidak boleh diharap.
Jangan serahkan sesuatu yang penting
seperti sifat peribadi anda kepada nasib.
Antara nasib dan takdir adalah suatu
yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya dengan doa kita dan dengan
keizinanNya.
Kemahiran dan ilmu semakin diguna
semakin banyak.
Setiap hari kita adalah manusia yang
berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya
menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…
Jaga-jagalah bergurau, kerana ia
membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.
Hidup memerlukan pengorbanan.
pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan
memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan
menentukan kebahagiaan.
Jika anda menyayangi seseorang itu
kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah
menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin
memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan
anda dengan orang itu.
Perbezaan antara orang yang berjaya
dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan
menentukan apa yang akan dicapai.
Bukti yang paling jelas tentang
ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang
ia mahu dengan secara ringkas.
Orang yang terakhir tertawanya, tentu
lebih banyak tertawa.
Berfikir secara rasional tanpa
dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg
paling berkesan
Apakah diharapkan hujan tanpa awan.
Sesiapa yang tidak pernah merasai
kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah
pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan
akhirat.
Selemah-lemah manusia ialah orang yg
tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg
mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)
Sahabat yang setia bagai pewangi yang
mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia
membawa kita ke jalan Allah.
Jadilah cahaya suram yang kekal abadi
sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika
cuma.
Cakap sahabat yang jujur lebih besar
harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang (Saidina Ali)
Air mata wanita adalah senjata yang
membuahkan kemenangan.
Berfikir itu cahaya, kelalaian itu
kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang
yang menganiaya orang bawahannya.
Kepapaan membuat seseorang yang petah
bercakap menjadi pendiam dan menyebabkan seseorang yang bijak menjadi bodoh.
Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan
kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman..
Kaya jiwa lebih baik daripada kaya
harta.
Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau
menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak
akan mempedulikanmu
Jangan sesekali menggadai prinsip,
demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan
Orang yg paling berkuasa adalah orang
yg dapat menguasai dirinya sendiri
Setiap manusia adalah arkitek
kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
Jangan lakukan semua yang kamu
ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang
kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.
Seseorang menganggap sekatan sebagai
batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
Kalau kita melakukan semua yang kita
upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.
Kita selalu lupa atau jarang ingat
apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
Apa yang diperolehi dalam hidup ini,
adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.
Semulia-mulia manusia ialah siapa
yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan
memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Adalah tidak mustahil orang yang
paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.
Jika kita melakukan sesuatu dengan
keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang
kita usahakan.
Dalam kepala kaum wanita ada
kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.
Gerobak kosong lebih banyak bisingnya
(suara ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan.
Sekiranya anda meletakan satu nilai
kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan
meningkatkan harga anda itu
Kalau tidak kerana semalam kita telah
berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan
berada di sini
Fikirkan hal-hal yang paling
hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan
engkau akan mencapai yang tertinggi.
Dunia ini tiada jaminan melainkan
satu peluang.
Kehidupan kita di dunia ini tidak
menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan,
cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui
apabila kita kembali semula kepada Ilahi.
Pemimpin yang berjaya ialah orang
yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya
dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.
dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan
dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan
Didiklah anak-anakmu itu berlainan
dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman
yang bukan zaman engkau -Saidina Umar Al-Khattab
Diam adalah suatu hikmah, tetapi
sedikit sekali pelakunya.
Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan
kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang
lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.
Kata kata yang sering diucap biarlah
selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama
seperti apa yang diungkap
Lebih baik menjadi pendengar yang
bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.
Rahsia kejayaan hidup adalah
persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
Anda tidak boleh mencipta pengalaman.
Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus
Harta tidak akan berkurang kerana
sedekah dan melakukan amal.
Sahabat sejati umpama pohon rendang
tempat kita berteduh.
Manusia biasanya lebih menghargai
sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan
fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Mengetahui perkara yang betul tidak
memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
Kecemerlangan adalah hasil daripada
sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
Manusia tidak perlu dihukum kerana
lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.
Barangsiapa mempertimbangkan
keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.
Orang yang berjaya dalam hidup adalah
orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa
menyimpang. ~ Cecil B. DeMille
Jangan biarkan perahu hanyut tak
berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan
Ukuran yang paling tinggi tentang
adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu
~ Aflatun
Jambatan menjadi penghubung antara
dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak
menjadi penghubung antara ibu dan ayah
Tiada manusia yang bergembira
sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara
Kesempatan yang kecil seringkali
merupakan permulaan kepada usaha yang besar.
Menyesal tidak berbicara lebih baik
daripada menyesal berbicara.
Sesungguhnya orang yang berakal itu
menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.
Anda akan mempunyai ramai kenalan
jika anda meminati mereka dan bukannya cuba membuat mereka meminati anda
Jangan memandang ke bawah (untuk
mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah .Hanya
mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.
mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.
Jangan mengukur kebijaksanaan
seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai
buah fikiran serta tingkah lakunya.
Sesungguhnya apa yang kita lihat
serupa sebenarnya tidak semestinya sama.
Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar
yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi
tanah -Wahab B Munabin
Sahabat sejati dan setia adalah lebih
bernilai dari semua emas di dunia ini.
Peperangan hanya boleh menjanjikan
kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.
Adalah mudah menukarkan status
seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.
Bangsa penakut tidak boleh merdeka
dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk
kemerdekaan ~Andre Colin
Bangsa yang tidak percaya kepada
kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu
bangsa merdeka -Soekarno
Semiskin-miskin orang ialah orang
yang kekurangan adab dan budi pekerti ~Hukama
Ciri orang yang beradab ialah dia
sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang
berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius
Jangan tanya apa yang dibuat oleh
negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara -Abraham
Lincoln
Jangan mengharapkan kebaikan dari
orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.
Hidup biar beradab, bukan hidup untuk
biadap -Al-Ghazali Bayruni
Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya
sihat, pokoknya pun sihat -Beng Tju
Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu
tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein
Teman manusia yang sebenar ialah akal
dan musuhnya yang celaka ialah jahil
Memohon doa kepada Tuhan adalah
laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup
manusia
Sesuatu khayalan kadang-kadang
menjadi realiti
Jika manusia masih tetap jahat dengan
adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama? ~ Benjamin Franklin
Jika kamu mendapat kesusahan,
ingatlah menyimpan kesabaran ~ Horatius
Menghitung orang-orang gila di suatu
negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal.
Orang yang paling tidak bahagia ialah
mereka yang paling takut pada perubahan ~ Mognon Me Lauhlin
Nilai hidup harus diukur dengan garis
yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. ~Richard Brinsley Sheridan
Kecantikan hanya sedalam kulit,
tetapi masuk ke dalam tulang ~ Pepatah inggeris
Kita patut berkorban supaya orang
lain juga merasai kemanisan hidup.
Keruntuhan keluarga telah melahirkan
generasi yang lemah ~ Rahmohan Ghandi
Rahsia untuk berjaya ialah
menghormati orang lain
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar
hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan
kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga
bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa,
seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak
diketahui orang lain
No comments
Post a Comment